Thursday, October 20, 2011

Yang Sudah Tu Sudahlah

Aku tertanya-tanya, kenapa sesetengah orang terutamanya perempuan, masih teringat-ingat kisah lama. Teringat kekasih lama yang dah sah-sah sudah jadi kepunyaan orang, ada keluarga sendiri.
Si empunya diri pun sudah dipunyai tapi masih nak juga mengintai-intai laman orang dengan alasan masih terkenang cerita lama, masih teringat manisnya masa lalu.
Mengenang saja tidak apa, ini dah macam nak sambung balik hubungan dengan alasan hidup sekarang tak sebahagia dulu.Mungkin kalau tak sambung pun, tapi untuk apa ? Adakah dengan ini boleh merubah kasih dan memekarkan kuntum cinta di pohon sendiri ?
Aku rasa orang macam ni 'sakit' dan sakitnya pada hati. Dan perlu ubat untuk sakit itu.
Bila nak buat sesuatu, tolonglah pandang mata anak-anak paling dalam, cuba fikir apa perasaan mereka. Kesunyian, kurangnya cinta bukan alasan untuk kita mencari cinta yang tak tahu mana halanya.
Dan tolonglah, tak perlulah meratap merayu ceritakan sengsara sekarang semata-mata untuk meraih simpati. Bukan nak cemburu melulu tapi perasaan yang timbul mungkin robekkan kebahagiaan yang sedang dimiliki.

"Mungkin dia pernah menjadi milikmu. Tapi dia milikku sekarang."

Sekadar berkongsi pengalaman, pada dia yang sedang menghadapi, bertabahlah, ku yakin hatinya tidak akan berubah hanya kerana perempuan itu....


Friday, October 7, 2011

Aku mungkin dipindahkan, adakah aku redha ??

Sepanjang perkhidmatan aku dalam kerajaan yang dah nak masuk angka 7, aku dah bertugas di 3 buat pejabat. Dah 4 department. Tak pernah hangat punggung untuk satu-satu tempat tu, dah kena tukar.
Mula-mula kat KL, unit tentera pastu dah kawin ikut suami dah kena pindah ke Penang plak, pastu mintak tukar bagi dekat dengan rumah lak. Lepas bersalin ada unit baru buka, oleh kerana aku seorang je masa tu tak ada  kena jaga mana-mana projek, aku diarahkan tukar unit. Lepas setahun, unit tu dibubarkan aku pindah balik ke unit asal.
Sekarang ni dengar kata unit tu nak buka balik.
Permasalahannya sekarang...
adakah mangsanya adalah aku ??

( Jari ditunding ke muka sendiri...)


Akukah diriku

Boleh tak jangan tanya perkara yang sepatutnya ditanya ??